Saturday, 29 October 2016

SUKARELAWAN




 



Apakah sukarelawan?

 “Sukarelawan” maknanya adalah melakukan sesuatu pekerjaan dengan rela hati atau definisi lainnya seseorang yang melibatkan dirinya untuk melakukan apa saja kerja dengan kerelaan hati. Bertindak tanpa paksaan atau merealisasikan kepentingan dan manfaat untuk kumpulan orang atau individu. Didalam Islam telah mendidik umatnya dengan nilai-nilai mulia ini seperti bersedekah, membuat kebaikan, bermanfaat, membuat ihsan yang berlandaskan kepada tindakan secara sukarela.

Matlamat

Setiap manusia sejak azali lagi telah dikurniakan sifa-sifat insane seperti kehendak untuk mengambil berat, membantu meringankan kesukaran insan lain. Membimbing, memberi tunjuk ajar, membelai, menyayangi, dan disayangi, menghargai dan dihargai, bergotong-royong dan bekerjasama dan lain-lain perasaan kebersamaan yang semulajadi. Pepatah melayu juga ada menyebutkan, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” turut menterjemahkan perasaan tidak sanggup melihat ahli masyarakat lain menanggung penderitaan, sedangkan sebahagian lagi bergembira dan bersenang-lenang.

Apakan ciri-ciri seorang sukarelawan?

Seorang sukarelawan perlulah suka membantu orang lain tanpa mengharapkan ganjaran atau pujian serta suka bekerja dengan orang lain dalam membuat kerja-kerja sukarela.

Seorang sukarelawan juga perlu boleh berkomunikasi secara berkesan dan mampu bergaul dengan orang awam dalam bilangan yang ramai tanpa merasa sombong diri atau malu dengan pekerjaan yang mereka lakukaun.

Seorang sukarelawan perlu bersedia dalam apa keadaan sekalipun untuk menhadapi kesulitan dan kesukaran sewaktu melakukan kerja-kerja sukarela dan mereka perlulah bersedia untuk tidak merungut dan mengungkit ke atas pekerjaan yang telah mereka lakukan.

Sebelum membantu orang lain, sukarelawan perlulah mampu untuk membantu diri sendiri dan perlu mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Seorang sukarelawan juga perlu bersedia untuk belajar dan mempelajari sesuatu yang baru dengan pantas serta bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya sewaktu menjalankan kerja-kerja sukarela


Apakah tujuan melibatkan diri dengan sukarelawan?

Di dorong dengan niat yang baik untuk membantu orang yang dalam kesusahan, orang yang dalam kesempitan dan orang yang memerlukan.

Ingin menyumbang kepada ketinggian Agama, dan ingin menyedarkan masyarakat terhadap sesuatu kepentingan sosial, negara dan bangsa.

Ingin menyumbang ilmu dan pengetahuan serta pengalaman yang ada bagi membantu komuniti dan menyediakan keperluan terhadap kebergantungan sesuatu komuniti.

Akhir sekali, ingatlah sabda Rasulullah s.a.w kepada semua umatnya, "Allah kasih kepada mereka yang bermanfaat kepada manusia yang lain". Oelh yang demikian, sebagai manusia yang mempunyai kehidupan yang lebih daripada orang yang kekurangan, berikanlah ilmu, harta, tenaga dan bantuan agar negara kita akan lebih maju, dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa kerana berpaksikan sikap seorang sukarelawan yang sempurna.

Friday, 28 October 2016

HARI SUKAN NEGARA




Tarikh 8hb Oct lepas aku buat pertama kalinya turut serta dalam sambutan hari sukan negara. Almaklumlah sejak menjadi mahasiswi nie aku lebih terdedah kepada aktiviti atau program di dalam mahupun di luar universiti.

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada hari sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.


Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ''Negara Bersukan''.


Oleh yang demikian. Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah wawasan 2020.


Pada tahun 2016 ini, sambutan hari sukan negara bakal diisi dengan  pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.

Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.


Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah.

Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Objektif :

  • Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
  • Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
  • Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
  • Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

Saturday, 1 October 2016

kehidupan menjadi mahasiswa

    KEHIDUPAN MENJADI MAHASISWA
ASSALAMUALAIKUM 

 Pembelajaran di peringkat universiti sememangnya lebih mencabar berbanding dengan masa sekolah dulu. kalau masa sekolah, kita diberikan kerja sekolah setiap hari dan perlu disiapkan tanpa banyak karenah sebab takut kena rotan.



Berbeza dengan kehidupan di universiti di mana korang akan berhadapan dengan pelbagai karenah pensyarah pulak. Ada pensyarah yang bagus pengajarannya dan ada jugak yang mengajar ikut suka hati mereka.
Akibatnya, pelajar itu sendiri yang susah nak paham apa yang diajarkan oleh pensyarah tersebut. Bukan sebab pensyarah itu tidak professional tapi lebih kepada cara penyampaian mereka yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah pelajar.
Homework

Zaman sekolah - Dulu nak ke tak nak ke, kena buat jugak homework.

Dekat U - Ikut suka sendiri nak buat ke tak nak. Tapi aku memang buat nota. Sebab aku jenis ingat apa yang aku dah tulis. Tapi takdelah ingat semua, at least paham. Nak refresh balik apa yang madam ajar dua minggu lepas pon otak aku terketaq-ketaq apatah lagi yang dah dua bulan lepas. So,korang dekat U nie bebas nak buat assignment ke tak tapi kita sebagai mahasiswa kene bijak fikir yang mana baik dan buruk nyer...
Makan

Zaman sekolah - Mak masakkan k. Apa anak anak dia mintak, mak masakkan.

Dekat U - Ko pandai pandai hidup cari makanan. Asyik asyik ulang makanan yang sama. Sampai haritu aku rasa makan maggi lagi sedap daripada makan nasi. Rasa macam nak request je kat makcik kedai masak dengan penuh kasih sayang boleh tak mesti sedap sikit.
Duit 

Zaman sekolah - Dulu belanja seminggu RM15. Masa rehat lapor makan, tak lapor tak makan. aku pulak jenis yang kuat makan...dah makan sekali tapi perut nie selalu jer mintak macam2. Atas sebabkan nak jimat duit apa lagi bila balik umah terus lari pecut bukak tudung periuk cari nasi. Kalau keluar jalan jalan selalu parents yang bagi duit tapi kadang-kadang pakai duit simpanan aku jugak sbb aku nie tak nak menyusahkan ibu ayah aku.

Dekat U - Duit mengalir laju bak air terjun. Baru keluarkan duit dah nak habis. Minggu lepas keluarkan, minggu ni dah nak habis. Ni rasa nak fitnah ada pencuri ni padahal tanpa sedar aku yang pi beli makanan banyak-banyak..hahaha
Orait. Sampai sini dulu beb hehehe...bye assalamualaikum