Saturday, 1 October 2016

kehidupan menjadi mahasiswa

    KEHIDUPAN MENJADI MAHASISWA
ASSALAMUALAIKUM 

 Pembelajaran di peringkat universiti sememangnya lebih mencabar berbanding dengan masa sekolah dulu. kalau masa sekolah, kita diberikan kerja sekolah setiap hari dan perlu disiapkan tanpa banyak karenah sebab takut kena rotan.



Berbeza dengan kehidupan di universiti di mana korang akan berhadapan dengan pelbagai karenah pensyarah pulak. Ada pensyarah yang bagus pengajarannya dan ada jugak yang mengajar ikut suka hati mereka.
Akibatnya, pelajar itu sendiri yang susah nak paham apa yang diajarkan oleh pensyarah tersebut. Bukan sebab pensyarah itu tidak professional tapi lebih kepada cara penyampaian mereka yang mungkin tidak sesuai bagi sesetengah pelajar.
Homework

Zaman sekolah - Dulu nak ke tak nak ke, kena buat jugak homework.

Dekat U - Ikut suka sendiri nak buat ke tak nak. Tapi aku memang buat nota. Sebab aku jenis ingat apa yang aku dah tulis. Tapi takdelah ingat semua, at least paham. Nak refresh balik apa yang madam ajar dua minggu lepas pon otak aku terketaq-ketaq apatah lagi yang dah dua bulan lepas. So,korang dekat U nie bebas nak buat assignment ke tak tapi kita sebagai mahasiswa kene bijak fikir yang mana baik dan buruk nyer...
Makan

Zaman sekolah - Mak masakkan k. Apa anak anak dia mintak, mak masakkan.

Dekat U - Ko pandai pandai hidup cari makanan. Asyik asyik ulang makanan yang sama. Sampai haritu aku rasa makan maggi lagi sedap daripada makan nasi. Rasa macam nak request je kat makcik kedai masak dengan penuh kasih sayang boleh tak mesti sedap sikit.
Duit 

Zaman sekolah - Dulu belanja seminggu RM15. Masa rehat lapor makan, tak lapor tak makan. aku pulak jenis yang kuat makan...dah makan sekali tapi perut nie selalu jer mintak macam2. Atas sebabkan nak jimat duit apa lagi bila balik umah terus lari pecut bukak tudung periuk cari nasi. Kalau keluar jalan jalan selalu parents yang bagi duit tapi kadang-kadang pakai duit simpanan aku jugak sbb aku nie tak nak menyusahkan ibu ayah aku.

Dekat U - Duit mengalir laju bak air terjun. Baru keluarkan duit dah nak habis. Minggu lepas keluarkan, minggu ni dah nak habis. Ni rasa nak fitnah ada pencuri ni padahal tanpa sedar aku yang pi beli makanan banyak-banyak..hahaha
Orait. Sampai sini dulu beb hehehe...bye assalamualaikum

No comments:

Post a Comment