Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri .
Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam.
Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga
Oleh itu saya akan menyenaraikan beberapa amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.
Semoga bermanfaat kepada semua pembaca
1) Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting
Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.
2) Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.
Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.
Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
3) Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh
Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
4) Berdoa setiap kali melihat cermin
Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.