Assalammualaikum
Pernah tak korang hadap dengan roomate,schoolmate,dan housemate yang bermasalah dengan korang? Atau korang sendiri yang rasa ada masalah? Well biasalah dalam hidup kalau tak jumpa dengan orang yang tak ngam dengan kita tak sah kan? terutamanya bila kita di kolej atau sekolah berasrama atau pon di tempat kerja
Bohong kalau kata tak ada. Mungkin ada tapi biasalah kita takkan nak kecoh-kecohkan. Paling tak pun kita akan share benda masalah macam ni dengan orang yang kita rasa boleh share masalah kan. Macam?
1)Terlalu bergantung dengan orang lain
Sekali dua nak bergantung boleh lah. Kalau boleh dikatakn hampir 24 jam nak bergantung dengan orang, aku rasa orang yang selalu stay dengan dia tu pun boleh jadi rimas. Contoh macam "aku pun tak naklah makan jugak kalau kau tak nak pegi kafe. Malulah nak pegi sorang". Nampak macam kelakar tapi wujud je.
Memang sepatutnya kita tak boleh biar orang yang jenis tak pandai nak menyesuaikan sorang-sorang ni sendiri. Tapi kena jugak fikir, kita pun ada benda lain untuk dibuat lagi. Bukan tugas 24 jam nak stay selalu dengan dia & buatkan semua benda untuk dia. Kan. Belajar buat semua sendiri.
2) Berkira
"eh, engkau ada amik sabun aku tadikan. Boleh tak kau ganti balik, aku dah tak ada duit nak beli baru". Berkira maha dasyat.
3)Pemalas
Kalau zaman universiti dapat roomate pemalas agak 1 tekanan yang besar jugak. Kau bayangkan hidup dengan orang yang pemalas nak kemas katil, meja study & ruang dia sendiri. Macam mana nak hidup kan. Kalau duduk rumah sewa lagi boleh sakit jiwa stay dengan orang pemalas ni.
Aku jenis tak suka dengan orang yang pemalas nak cuci pinggan lepas makan. Suka biar lama-lama sampai berkulat kadang-kadang. Rasa nak baling jugak pinggan tu. Dah hidup dengan orang lain pandai-pandailah nak praktik cara yang betul kan.
4) Psiko
Macam mana? "korang boleh tolong senyap sikit tak. Aku nak study ni". Aku jumpa spesis paling annoying sekali masa aku kat matrik. Direct sound secara kasar. Bukan tak boleh nak tegur elok-elok kan. Pesen psiko macam ni elok tegur baik-baik, tak pun psiko dia balik. Mesti dia yang angkat kaki dulu.
No comments:
Post a Comment