Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan
halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam
ruang peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab telah
memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad pertama dan
kedua hijrah, khat merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu
penulisan. Melalui khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi
unsur penting daripada cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke
hari ini.
Cara yang berkesan untuk mempelajari seni khat ialah:
1) Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan berpengalaman dengan asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul, cara memegang kalam, kaedah yang betul mengasah kalam dan memotong mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan mata kalam di atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan span di dalamnya sehingga mencelup kalam khat itu dakwat setakat yang dikehendaki.
2) Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang dipelajari.
3) Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan memahirkan penulisan.
Kepentingan mempelajari khat terbahagi kepada dua :
Kepentingan kepada individu:
• Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna bagi jalan penulisan dan khat itu sendiri tiang kepada penulisan.
• Bagi khat kepentingan yang khusus adalah mencintai seni khat itu sendiri dengan perasaan jiwa yang halus.
Kepentingan pada masyarakat:
• Khat itu diwujudkan pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, di jalan-jalan dan di sekolah-sekolah.
• Khat itu wasilah perpindahan ilmu turas dan ilmu pengetahuan dan terbukti kitab itu dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulisan yang direka pelbagai jenis semenjak dulu yang disimpan di dalamnya manuskrip dan karangan penulis-penulis terdahulu.
Halatuju mempelajari Seni Khat adalah:
• Memartabatkan dan membudayakan tulisan al-Quran
• Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam
• Memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia kearah melahirkan generasi Al-Quran yang hidup roh Islam dan mengenal tulisan jawi.
• Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam
• Memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia kearah melahirkan generasi Al-Quran yang hidup roh Islam dan mengenal tulisan jawi.
Tujuan Seni Khat ialah:
• Memelihara al-Quran dengan tulisan.
• Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.
• Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan kaum muslimin sejagat.
• Mengukuhkan perpaduan umat Islam dan negara Islam.
• Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.
• Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan kaum muslimin sejagat.
• Mengukuhkan perpaduan umat Islam dan negara Islam.
No comments:
Post a Comment