Assalamualaikum,
okay hari ini aku ingin kongsikan kepada semua pembentangan yang telah aku jalankan di dalam kelas yang bertajuk ''Anda Cergas Anda Ceria''
Antara amalan dalam menjalani kehidupan gaya hidup sihat adalah:
1) Pemakanan sihat
Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan
boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh
menyebabkan strok.
2) Persekitaran yang bersih
Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam amalan gaya hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan anda mendapatkan penyakit lain
3) Beriadah
Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh anda menjadi cergas dan
membantu sistem peredaran darah lebih teratur. Ingat! Saluran darah yang
tersekat boleh mengakibatkan strok
Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan aerobik.
4) Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala
Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani
pemeriksaan kesihatan berkala ini bagi mengesan simpton awal penyakit yang
boleh meragut nyawa
5) Atasi stress
Berfikir secara positif, wujudkan hobi, luangkan masa untuk keluarga, kerja dan
beriadah, rehat dan tidur yang cukup, dan cari teman untuk berkongsi atau
meluahkan masalah
6) Pastikan rehat yang cukup
Rehat dan tidur yang
cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan
tubuh badan serta
minda .Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan
lancar dengan rehat yang mencukupi.
7) Buat sesuatu yang kita minat
Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan
bersemangat. Pastikan aktiviti itu bermanfaat.
Okay sekian sahaja tajuk aku hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
TINNIC NETWORK SURF WED FALLS | TITIAN CART - The
ReplyDeleteTINNIC NETWORK SURF samsung galaxy watch 3 titanium WED galaxy watch 3 titanium FALLS | TITIAN titanium tubing CART titanium app | The titanium teeth dog