Buat aku keluarga begitu penting ibarat harta yang tak
ternilai harganya. Dengan adanya keluarga kita semua dapat merasakan kasih
sayang dan kedamaian di dalam menjalani kehidupan.
Setiap manusia pasti menginginkan keluarga yang bahagia,
kebahagiaan keluarga amat terasa jika satu sama lain saling menghargai dan
memahami.
Sesekali aku pernah berasa kesepian ketika ibubapa dan adikku tidak berada di sekeliling aku. Saat itu suasana terasa sangat sepi sebab aku bukan selalu berjauhan dengan keluarga. Terutamanya time aku tinggal di matriks dulu. Matrik adalah tempat pertama di mana aku selalu berjauhan dengan keluarga sbb sebelum nie mana ade aku pernah duduk asrama macam kat matrik dulu. Ok, Itu sedikit
contoh betapa berharganya sebuah keluarga.
Tanpa
keluarga, mungkin aku tidak akan dapat hidup seperti sekarang dimana kehidupan aku bahagia, bole bersekolah dan sekarang alhamdulilah sedang study di universiti , dan aku berasa sangat beruntung dan bersyukur kerana masih hidup
dengan keluarga yang lengkap, sedangkan banyak dekat luar sana yang hidup tanpa keluarganya, bahkan ada yang dari kecil sudah di tinggalkan oleh keluarganya sendiri, mereka yang hidup tanpa keluarga ni belum tentu hidup
bahagia seperti aku sekarang.
Dalam keluarga terdapat ibubapa yang ikhlas merawat kita dari kecil sampai la kita dah besar panjang, kebiasaanya ibubapa akan menghantar anak mereka sekolah agar mereka menjadi orang yang bermanfaat dan menjadi orang yang berjaya kelak.
Ayah yang merupakan sebagai ketua keluarga, bekerja dengah penuh semangat demi mencari nafkah untuk memenuhi keperluan rumah tangga, membiayai wang sekolah adik, membiayai pengajian aku di universiti dan melindungi keluarga dari segala ancaman yang membahayakan keluarga. Dan ibu ialah seseorang yang selalu menyediakan hidangan makanan untuk keluarga kami, suasana makan bersama keluarga lebih terasa nikmat walaupun hidangan yang di sediakan hanya sayur goreng, ikan masin dan sambal, dibandingkan ketika makan sendiri walaupun di restoran.
Aku mempunyai adik, walaupun aku sering bertengkar dengan adik aku, adik selalu tolong time aku ada masalah. Jadi keluarga yang terdiri dari Ayah, ibu, kakak, abang,adik dan serta beberapa orang lain yang masih terikat dalam hubungan darah dan saling bergantung akan selalu memerlukan antara satu sama lain.
Begitu besar peranan keluarga dalam kehidupan kita ini, oleh sebab itu, bersyukurlah bagi mereka yang masih memiliki keluarga yang lengkap, dan bahagiakan lah ibubapa kita sampai akhir hayat mereka.

Semoga catatan aku kali ini bermanfaat untuk korang semua.
No comments:
Post a Comment