Tuesday, 13 December 2016

tips rancang percutian bajet





Yeah! cuti sekolah datang lagi! memang waktu yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak bila tibanya cuti persekolahan. Ada yang tak sabar balik kampung jumpa datuk, nenek dan saudara-mara, ada yang ternanti-nanti bercuti ke luar negara dan mengunjungi tempat menarik dalam negeri.

Tambah seronok kalau ada family besar. Masa inilah semua adik-beradik yang duduk jauh dapat berkumpul dan bercuti bersama.

Bercakap pasal cuti mesti banyak bajet yang perlu dikeluarkan. Maklumlah bukan selalu bercuti panjang. Apa lagi bila bercuti ramai-ramai di satu-satu tempat dalam jangka masa melebihi 3 hari.

Perlu fikir kos hotel, kos makan semua ahli dan kos transport. Jadi macam mana nak rancang percutian bajet?
Ok di sini aku ingin menceritakan perjalanan percutian aku bersama keluarga di Pulau Langkawi dengan tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

1) Tinggal di homestay

Bukan sahaja besar dan selesa tetapi terasa seperti berada di rumah sendiri.Malahan harga sewanya lebih murah berbanding hotel. Biasanya homestay turut menyediakan dapur lengkap dan tong gas untuk memudahkan memasak hidangan. Jadi anda bole menyediakan makanan sendiri. Part ni ibu aku suka sebab dye boleh masak di homestay x perlu nak bazir duit makan di luar. so jimat!

2) Packing makanan siap-siap

Sebelum memulakan perjalanan, digalakkan membawa makanan yang disediakan di rumah. ianya boleh dimakan semasa dalam kenderaan. Semasa percutian aku, aku bertolak dari rumah dengan menaiki bas sebab bukan family aku sahaja yang pergi malah family dari sebelah keluarga ibu aku juga turut bercuti bersama-sama. So, kebiasaannya pihak ibu-ibu akan menyediakan makanan mereka tersendiri dari rumah. Jadi setiap kali kami berhenti dimana-mana R&R, ibu-ibu akan mengeluarkan makanan mereka dan makan beramai-ramai.

3) Rancang waktu 

Perlu rancang trip anda agar tidak bertembung dengan waktu jammed di jalan raya. Sekurangnya anda dapat jimat penggunaan minyak. Jika anda naik keretapi atau kapal terbang misalnya, rancang waktu tiba agar anda tidak sampai lewat dan perlu pula mengeluarkan duit extra untuk sampai ke destinasi

4) Cari aktiviti yang tidak perlu belanja banyak

Banyak hotel dan tempat peranginan menawarkan aktiviti menarik dan percuma untuk tetamu mereka terutamanya kanak-kanak. Jadi sebelum anda menempah, dapatkan info dahulu tentang aktiviti yang ditawarkan . Lebih banyak aktiviti yang disediakan secara percuma, lebih banyak anda dapat berjimat. Kalau tak, anda pon boleh buat aktiviti sendiri di pantai, kolan renang,taman, tasik. Contohnya berbasikal, lumba renang, tarik tali atau memasak bersama seisi keluarga.

Ok disini terdapat 4 tips yang boleh dipraktikkan semasa bercuti bersama keluarga tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar. selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment