Wednesday, 14 December 2016

Teknik dalam Pengrusan Masa



Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Keadaan ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Post kali ini berkaitan dengan teknik dalam  pengurusan masa yang berkesan


1) Buat jadual masa

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.Haa..masa di matrik dulu setiap sem aku buat jadual masa nie..sbb kalau kita buat jadual masa kerja kita lebih teratur dan kemas. Tak payah susah-susah nak pikir buat assignment yang mana satu. Tapi yang penting jadual masa nie kita kene ikot betul-betul la, jangan buat jer tapi x ikot pulak.



2) Fokus matlamat


Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan


3) Kerjasama


Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing. Part nie paling best sbb bila kita selalu bekerjasama dengan rakan-rakan, kerja yang kita lakukan lebih mudah , tak perlu nak pikir sorang-sorang apa nak buat. So, kerjasama nie banyak beri manfaat kepada kita antaranya kita boleh bertukar pandangan dengan rakan-rakan. Selain itu jugak kita dapat tingkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan kita dengan rakan-rakan



4) Selesaikan tugas hari ini



Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan sesuatu tugasan, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok.Setiap orang mempunyai bilangan masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup. 
5) Set matlamat dan strategi
Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.Di peringkat universiti nie, aku bermatlamat untuk menjadi pelajar Dekan bahkan menjadi pelajar yang aktif dalam pelbagai bidang. Bila matlamat yang telah dirancang, seterusnya perlu lakukan strategi bagi mencapai matlamat tersebut. 
Harap anda dapat melaksanakan teknik pengurusan masa dengan lebih baik dan hasil kerja anda akan lebih berkesan dan berkualiti. Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment