Friday, 16 December 2016
3 Tanda masalah kewangan
Masalah kewangan yang sering dihadapi oleh setiap individu pastinya memberi impak kepada aliran tunai kita. Sehinggakan, ada juga yang menghadapi masalah kewangan yang sangat kronik sampai sanggup berhutang dengan orang yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, jumlah pendapatan individu, bilangan tanggungan juga memberi kesan.
Baiklah...kali ini ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang 3 tanda yang menunjukkan bahawa anda sedang menghadapi masalah kewangan. Ia mungkin sebagai langkah awal untuk anda mula mengorak langkah demi menyelesaikan masalah kewangan anda
1) Jika Anda TIDAK Dapat Mengawal Perbelanjaan - Iaitu Perbelanjaan Melebihi Pendapatan
Kegagalan mengawal perbelanjaan mengikut keperluan menyebabkan anda bakal menghadapi masalah kewangan. Paling mudah faham, jika kita melakukan perbelanjaan hanya kerana memenuhi tuntutan nafsu semata-mata bakal menempah kegagalan.
Rancang perbelanjaan anda mengikut keperluan dan ia perlu dilakukan secara disiplin. Fokus kepada apa yang perlu dan hindarkan daripada pembaziran.
2) Anda Tiada Tabungan Untuk Menghadapi Kecemasan Peribadi Atau Keluarga
Orang tua-tua dahulu pernah membuat perumpamaan tentang kuasa menyimpan. Pasti anda tahu simpulan bahasa "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Jika diamati dari sudut kewangan ia bermaksud kalau kita menyimpan secara konsisten, lama-kelamaan wang menjadi banyak.
Penting untuk kita melakukan simpanan kecemasan sebagai persediaan menghadapi risiko yang bakal berlaku dimasa hadapan. Kita tidak tahu bila risiko ataupun musibah akan berlaku, sekurang-kurang kita sedang melakukan langkah-langkah persediaan untuk sebarang kemungkinan.
3) Anda Sering Menerima Panggilan Daripada Peminta Hutang
Agak bahaya jika kita sering menerima panggilan daripada pemiutang. Hidup kita mula menjadi tidak keruan. Apa jua perkara kita lakukan menjadi serba tak kena. Hidup tidak selesa kerana sering diganggu dengan panggilan peminta hutang.
Jika anda berada sehingga tahap ini, maka langkah untuk menambah pendapatan anda perlu dilakukan dari sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kos sara hidup sekarang makin meningkat..memang perlu kita buat kerja lain sama kalau rasa serba tak cukup..huhu
ReplyDelete