Sunday, 11 December 2016
Pengalaman Sukarelawan
Pada ahad lepas, bersamaan 20 November 2016. Aku telah melakukan sesuatu pekerjaan dimana pekerjaan itu tidak membawa apa-apa sumber pendapatan tapi membawa kebaikan kepada kehidupan. Ia dipanggil aktiviti sukarelawan .Ini adalah kali pertama aku mengikuti aktiviti seperti ini kerana di sekolah dulu aku tak banyak terdedah dengan aktiviti kemasyarakatan. Semenjak aku jejak ke alam universiti, banyak bende yang aku pelajari di sini.
Aku telah ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Actually, pertama kali kaki aku melangkah ke alam universiti sbb aku adalah anak sulung dalam keluarga so aku x pernah pergi tempat-tempat yang hebat sepertii ini. Bila dah jadi anak sulung, of course la banyak bende baru yg aku peroleh contohnya macam kat atas yang aku cakap tadi...
Haaa..berbalik pada cerita tadi, UKM banyak menganjurkan aktiviti/program untuk mahasiswa/i sendiri. Dimana program yang dianjurkan oleh pihak universiti akan digerakkan sendiri oleh student UKM jugak. So, dari sini aku banyak belajar softskill contohnya dari segi kepimpinan, pengurusan, komunikasi dan banyak lagi.Menjadi mahasiswa/i bukan sahaja untuk belajar semata2 tapi pelajar juga perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan future kelak..
Sukarelawan yang aku join ahad lepas terdiri daripada 85 orang students UKM dan hanya 2 orang tenaga pengajar. Pada mulanya kami berkumpul di depan DECTAR pada jam 7.00 pagi untuk taklimat dan di samping tu jugak kami diberikan plastik sampah dan air mineral. Tepat jam 7.30 kami bergerak untuk menuju ke Taman Tasik Cempaka. Kami dibahagikan kepada 2 group utk memudahkan urusan perjalanan ke sana. Sepanjang perjalanan disana..sekiranya terdapat sampah yang bersepah kami akan kutip supaya kawasan bangi kelihatan bersih tanpa sampah-sarap. Ketika berjalan sambil mengutip sampah, of course la dapat kenalan baru dari pelbagai fakulti. Dari situ, kami lebih rapat dan menjalinkan hubungan silaturrahim sesama rakan -rakan lain.
Perjalanan ke Taman Tasik Cempaka dari UKM dengan berjalan kaki kira-kira 3.9 km...ya allah dari situ tuhan jer tahu kepenatannya..itu baru pergi belum balik ke UKM lagi..hahaha.. dah nama pon sukarelawan kene la ikhlas dalam melakukan sesuatu tugasan. So, nak dipanjangkan kira-kira 8 km aku berjalan pada hari ahad tu.
Apabila sampainyer di Taman Tasik Cempaka..kami berehat disana dengan disajikan nasi lemak serta air teh O..pemandangan di sana sungguh cantik dan sesuai utk berselfie dan mengambil gambar. Tenaga pengajar memberikan 1 jam untuk bersiar-siar di taman tasik tersebut. Apa lagi aku dan rakan-rakan mengambil peluang untuk bergambar. 1 jam kemudiannya, kami berkumpul di suatu tempat untuk pulang balik ker UKM..sebelum pulang kami mengambil gambar beramai2 sebagai bukti aktiviti sukarelawan..
Akhir kata, aktiviti sukarelawan nie banyak manfaatnya lebih-lebih lagi manfaat kepada masyarakat. aku harap aktiviti ini terus dikekalkan di semua universiti di Malaysia supaya orang ramai dapat melihat bahawasanya student universiti bukan sahaja datang untuk belajar di samping dapat membawa sesuatu kesan kepada masyarakat keseluruhannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment