Pada hari khamis lepas bersamaan 8 Disember 2016, aku telah membuat presentation kursus Pengantar Pengurusan mengenai kehidupan seorang pengurus. Di sini aku ingin ceritakan apa yang aku telah pelajari dari presentation rakan-rakan yang lain.
Apa yang aku pelajari melalui "Kehidupan Seorang
Pengurus" ialah seorang pengurus mempunyai tugas yang banyak dan
beliau haruslah bijak menguruskan masa. Selain itu, seorang pengurus mempunyai
tanggungjawab untuk memimpin, mengorganisasi, mengawal dan merancang , di mana
kesemua tanggungjawab ini wajib dilaksanakan. Seorang pengurus juga haruslah
menjaga dan melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap subordinat dan
masyarakat. Setiap hari dalam kehidupan seorang pengurus sangat penting untuk
masa depan sesebuah organisasi. Beliau memikul tanggungjawab dan tanggungjawab
itu menunjukkan arah sama ada organisasi ke arah berjaya atau sebaliknya.
1) Seorang pengurus haruslah menjaga keselamatan semua
golongan seperti palanggan dan subordinat. Keadaan ini dibuktikan oleh
Syarikat Sani Ekspress, di mana pengurusnya membekalkan insurans keselamatan
bagi penumpangnya dan bas juga diselenggarakan. Selain itu, Air Keroh Country
Resort juga menjaga kualiti air kolamnya supaya air tersebut tidak berbahaya
bagi pelangganya.
2) Seorang pengurus haruslah merancang perancangan yang
releven dan mampu memberi tindak balas yang bagus. contohnya, Syarikat
Tudung Store, di mana pengurusnya merancang untuk membuka kedai baru pada masa
akan datang. Selain itu, 4Brothers Gym And Fittness juga merancang untuk
membuka gym baru pada masa hadapan dan mempunyai harapan yang mampu beri
manfaat kepada masyarakat pada masa hadapan.
3) Selain itu, seorang pengurus perlulah mempunyai minat
bagi mereka untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan. contohnya, En.Sabri
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan beliau mencebur dalam
bidang ini pada usia yang muda. Keadaan ini bukan sahaja memberi motivasi
kepada beliau, malah memberikan jalan yang sihat untuk mendapatkan nafkah.
Untuk menjadi seorang pengurus adalah bukan sesuatu yang mudah dimana pelbagai risiko yang perlu ditangani untuk menjadi seorang pengurus terutamanya tentang persekitaran.
Cabaran dari segi tarikan juga perlu dititikberatkan dalam menjadi seorang pengurus. Sikap dan ketahanan mental perlu untuk menjadi seorang pengurus kerana pengurus perlu mengawal organisasinya dan memimpin pekerjanya.
Sekian sampai di sini sahaja cerita...
No comments:
Post a Comment