Tuesday, 13 December 2016

UKM Asean Art Festival








Pada 19 November 2016, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjayakan 5th UKM Asean Art Festival (Festival Kesenian Asean UKM KE-5) yang bertempat di DECTAR, UKM yang berlangsung pada pukul 8.00 malam. Pelbagai persembahan yang menarik  telah disajikan kepada penonton yang bukan sahaja  dalam kalangan warga UKM tetapi disertai juga oleh mahasiswa dan mahasiswi universiti dari negara-negara ASEAN seperti negara Thailand, Indonesia, Filipina, Laos, serta Vietnam. Dimana Mereka akan mempersembahkan tarian, nyanyian, atau alat muzik tradisional mereka untuk diperkenalkan kepada negara lain.

Objektif festival ini diadakan untuk memperkenalkan budaya negara Asean yang lain seperti menunjukkan kebudayaan mereka dari segi tarian, nyanyian mahupun pemakaian ketika persembahan dan sejarah silam negara-negara Asean dalam memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar UKM. Ia juga dapat menyatupadukan pelbagai kaum di pelbagai negara yang ada untuk mengenali serba sedikit tentang tradisi mereka.





Persembahan festival ini telah dimulakan dengan dengan nyayian lagu Negaraku, lagu rasmi UKM iaitu lagu Varsiti Kita. Seterusnya, persembahan pembukaan daripada pelajar UKM yang mempersembahkan lagu popular M. Nasir, Semerah Padi yang berlatar belakangkan para pahlawan yang menggayakan gerakan tarian dan seni silat. Persembahan pertama dari Thailand yang memainkan peralatan muzik negara mereka dan disetai tarian. Seterusnya, pelajar-pelajar dari Institut Seni Yogyakarta Indonesia telah mempersembahkan tarian mereka yang sangat unik. Tidak ketinggalan juga, pelajar dari Vietnam membuat persembahan lakonan sambil menari bertemakan semangat perjuangan kemerdekaan. Bagi wakil pelajar dari Filipina pula telah membuat persembahan tiga jenis tarian dimana persembahan mereka menggamatkan suasana DECTAR iaitu tarian untuk menaikkan semangat bagi pejuang- pejuang tanah air mereka, tarian  tempurung kelapa di pakaian mereka dan tarian yang menggunakan dua elemen iaitu kayu dan jerami. Seterusnya tuan rumah iaitu pelajar UKM telah menonjolkan persembahan yang bertajuk tingkah pahlawan. Selain itu, wakil Malaysia juga telah mempersembahkan nyanyian lagu Ghazal untuk Rabiah yang dinyanyikan oleh pelajar Malaysia bersama pelajar dari Sudan.



Antara faedah program ialah rakyat Malaysia khususnya pelajar UKM telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan tentang seni budaya yang unik dari negara Asean lain. Selain itu, dapat mengetahui budaya dan bahasa negara-negara Asean. Seterusnya, dapat menyatupadukan bangsa-bangsa lain seperti cina, india, melayu dan lain-lain melalui kebudayaan. Tidak dapat dinafikan juga bahawa semangat patriotisme dapat disuntik dalam setiap individu dan dapat mengekalkan hubungan antara negara Malaysia dengan negara-negara Asean yang lain.

Secara keseluruhannya, festival ini sangat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar universiti kerana mereka dapat meluaskan jaringan komunikasi dan dapat bergaul dengan masyarat luar di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara-negara yang terlibat


No comments:

Post a Comment