Wednesday, 14 December 2016

Pengalaman menjaga pesakit kanser









Hari ni aku ada satu topik yang nak diceritakan. Topik yang tak semua orang tahu, tak semua orang sedar, sebab ada orang yang tak pernah langsung hadapi benda camni. Ianya pasal kos perubatan. Ini cuma sekadar cerita yang ingin aku kongsi berdasarkan pengalaman aku sendiri. Apa yang aku lalui dan apa yang aku rasa. Sebab boleh dikatakan aku banyak menghabiskan masa aku untuk menjaga arwah ibu saudara aku sebelum dia pergi buat selamanya. Jadi topik aku pada hari ini ialah mengenai ‘Penjagaan/rawatan bagi seorang pesakit kanser yang kritikal’.

Untuk pengetahuan semua, aku telah kehilangan seorang ibu saudara kira-kira 4 tahun yang lalu iaitu 26 Mei 2013. Ibu saudara aku belum berkahwin, jadi aku serta keluarga mengambil keputusan untuk menjaganya memandangkan ibu aku seorang suri rumah.Ibu saudara aku disahkan mengidap kanser paru-paru tahap 4 pada hujung bulan 2011 dan doktor bagitahu rawatan yang boleh dibuat ialah Chemotherapy dan Radiotherapy di Hospital Kuala Lumpur.



Cukup lah aku katakan, keadaan ibu saudaraku semakin hari semakin merosot sejak pertengahan tahun 2012. Walaupun ubat diambil, daripada boleh berjalan sendiri, merosot kepada perlu dipapah untuk kemana-mana, kemudian guna wheelchair, sehingga lah hujung hayatnya dia hanya mampu terbaring di atas katil.

Aku ditugaskan untuk sentiasa menemani ibu saudaraku kemana-mana termasukla ulang-alik ke hospital dan pergi berubat secara tradisional. Aku ketika itu baru tingkatan 3 tapi sedikit-demi sedikit aku sudah tahu cara dan rawatan dalam menjaga orang sakit.

Ok pada ketika itu, berat ibu saudaraku semakin turun kerana tidak lalu nak makan kesan daripada rawatan chemotheraphy. Jadi, ketika itu ibu aku memainkan peranan dengan sentiasa menyajikan makanan kegemaraanya untuk menambah selera makan tapi ada masa ibu saudaraku tidak lalu jugak untuk makan. Jadi ibu saudaraku terpaksa diberi makanan tambahan mengikut pesanan doktor iaitu susu jenama Prosure atau Glocose untuk menambah berat badan bagi pesakit kanser. Susu ni tujuannya nak bagi nutrien tambahan kepada pesakit kanser.

Selain tu, untuk memudahkan ibu saudaraku bergerak kemana-mana, adik beradik ibu aku telah sepakat untuk membeli kerusi roda untuk dia. Cukup lah sekadar untuk ibu saudara aku guna bergerak di dalam rumah ataupun untuk keluar pergi hospital. Selain tu, bila nak mandi atau buang air, aku, adik serta ibu selalu angkat ibu saudaraku ke bilik air untuk dimandikan dan dibersihkan. 

Beberapa bulan sebelum ibu saudaraku hembuskan nafas dia yang terakhir, pernafasannya ketika itu agak teruk, dan terpaksa bergantung dengan mesin untuk supply oksigen yang cukup untuk dia. Dan sebab nak bawa ibu saudaraku balik ke rumah, jadi kami terpaksa beli mesin tu daripada luar. Tapi ibu saudaraku hanya sempat guna beberapa bulan sahaja. 

Itu semua baru kos untuk kegunaan harian, belum tambah lagi kos lain contohnya macam minyak n tol nak ke hospital. Nasib baiklah keluarga belah ibu aku  masa tu sebulat suara untuk masing-masing keluarkan dana untuk menampung kos perubatan  sepanjang ibu saudaraku sakit. Yalah adik-beradik mana yang sanggup tengok kakaknya menderita sakit kan.

Tapi melalui pengalaman aku ni lah, aku tau sakit kanser tu memang sangat jahat. Aku ingat macam mana arwah ibu saudara aku menahan sakit, nak kata macam sesak nafas pun ya, macam sakit dada pun ya. Hari-hari terakhir dia pun sampai tak mampu nak bercakap lagi. Sebab itu sekarang tiap kali aku dengar orang kene sakit kanser aku rasa sedih sangat sebab walaupun aku tak rasa sakit tu, tapi cukup sekadar tengok pun aku dapat rasa macam mana sengsaranya pesakit-pesakit kanser ini. Daripada badan berisi boleh jadi kurus sampai nampak tulang. Begitulah kejamnya kanser.

Tujuan aku berkongsi cerita ni bukanlah nak menagih simpati orang mahupun nak menunjuk kebaikan aku dan adik beradik ni. Bukan. Tujuan aku hanyalah untuk memberi kesedaran pada orang yang kita tak tahu bila sampainya masa untuk kita diuji macam ni. Kita sebagai orang Islam juga wajib percaya bahawa ada 2 perkara yang pasti dalam hidup iaitu SAKIT dan MATI. Cuma kita perlu sentiasa bersedia. Mungkin hari ni kita dengar cerita orang lain, esok lusa kena dekat batang hidung sendiri atau keluarga sendiri. Cuba fikirkan balik apa persediaan yang kita telah buat?

Sekiranya ada yang membaca entry ini adalah salah seorang yang menjadi penjaga kepada pesakit kanser maka saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana anda adalah di antara manusia-manusia mulia yang sabar dan gigih membantu orang yang anda kasihi. Sumbangan anda tidak ternilai harganya. Sumbangan keluarga terdekat terhadap perawatan dan penjagaan pesakit kanser adalah tersangat penting kerana pesakit kanser ini memerlukan bukan saja sokongan fizikal tetapi lebih-lebih lagi sokongan emosi dan mental.

Itu ja la aku nak kongsi pada hari ni. Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca cerita aku ini. Semoga bermanfaat pada semua .Okay renung-renungkan lah.



4 comments:

  1. Alhamdulillah sis dan keluarga dapat berbakti kepada ibu saudara.. semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah hendaknya :)

    Kita yang sihat ni semoga sentiasa jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat, mudahan terhindar dari kanser yang cukup menakutkan ini.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Satu perkongsian yang sangat berguna untuk saya. Saya kini sedang menjaga ibu saya yang pesakit kanser payudara tahap 4. Sekarang ni memang pernafasan dia dah mula kurang baik. Dok keluar masuk hospital untuk keluarkan air dari paru2 yang sentiasa penuh dengan air. Kami juga sedang menunggu keputusan permohonan pinjaman tong oksigen dari pihak hospital. Doakan saya juga kuat seperti anda ye.

    ReplyDelete
  3. JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 468 7570 EN MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang...

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete
  4. jom kunjungi laman web sy n jom kita brubat kn

    ReplyDelete