Friday, 16 December 2016

Murtabak Maggi






Assalamualaikum,
hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk menyediakan murtabak maggi yang mudah dan cepat



Perkara pertama ialah sediakan bahan-bahan.

+ Maggi atau apa-apa sahaja jenama mee segera
+ Bawang 2 biji (potong halus)
+ Telur 2 biji
+ Lada Merah (potong nipis)
+ Garam & Gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1)Rebuskan maggi atau buat apa sahaja cara agar maggi tersebut boleh jadi lembut agar senang untuk dimasak nanti.
2) Ketika kita hendak menunggu maggi lembut, dalam masa yang sama kita boleh gaulkan perencah maggi dan telur bersama bahan seperti bawang, lada merah, gula dan garam agar sebati. Ketika ini, anda boleh masukkan daging atau sosej, papadom atau apa sahaja bahan yang boleh buat murtabak anda semakin gemok
3) Sekejap masa sebenarnya untuk buat murtabak maggi ini. Selesai pukul-pukul telur dengan bahan lain, kita toskan maggi terlebih dahulu dan gaulkan sekali maggi tersebut bersama dengan telur tadi. 
4) Ketika anda sedang ralit menggaulkan maggi dan bahan-bahan (potong maggi pendek-pendek, jika anda mahu), bolehlah panaskan minyak. Jaga-jaga, minyak biarlah dalam kuantiti sedikit. 
5) Bila minyak sudah panas, apa lagi, terus goreng maggi yang sudah serasi dengan bahan tadi. Kenapa kami suka potong maggi pendek-pendek adalah untuk senangkan proses menggoreng dan juga dapat menambah jumlah kepingan murtabak itu nanti. Satu paket maggi boleh hasilkan 2 atau 3 keping murtabak kebiasaannya – juga bergantung kepada saiz
Itu dia, sudah siap murtabak maggi anda. Senang sahaja bukan? Membuat masakan semudah ini membuatkan anda rasa sudah capai satu kejayaan besar. Boleh makan dengan sos atau makan begitu sahaja pun sedap. Ini sahaja perkongsian daripada saya. Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment