Friday, 16 December 2016

kecantikan wanita



Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri .
Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam.
Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat  mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga
Oleh itu saya akan menyenaraikan beberapa  amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.
Semoga bermanfaat kepada semua pembaca
1) Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting
Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.
2) Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu. Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.
Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.
Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
3) Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh
Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
4) Berdoa setiap kali melihat cermin
Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.

3 Tanda masalah kewangan






Masalah kewangan yang sering dihadapi oleh setiap individu pastinya memberi impak kepada aliran tunai kita. Sehinggakan, ada juga yang menghadapi masalah kewangan yang sangat kronik sampai sanggup berhutang dengan orang yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, jumlah pendapatan individu, bilangan tanggungan juga memberi kesan.

Baiklah...kali ini ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang 3 tanda yang menunjukkan bahawa anda sedang menghadapi masalah kewangan. Ia mungkin sebagai langkah awal untuk anda mula mengorak langkah demi menyelesaikan masalah kewangan anda

1) Jika Anda TIDAK Dapat Mengawal Perbelanjaan - Iaitu Perbelanjaan Melebihi Pendapatan


Kegagalan mengawal perbelanjaan mengikut keperluan menyebabkan anda bakal menghadapi masalah kewangan. Paling mudah faham, jika kita melakukan perbelanjaan hanya kerana memenuhi tuntutan nafsu semata-mata bakal menempah kegagalan.

Rancang perbelanjaan anda mengikut keperluan dan ia perlu dilakukan secara disiplin. Fokus kepada apa yang perlu dan hindarkan daripada pembaziran.

2)  Anda Tiada Tabungan Untuk Menghadapi Kecemasan Peribadi Atau Keluarga


Orang tua-tua dahulu pernah membuat perumpamaan tentang kuasa menyimpan. Pasti anda tahu simpulan bahasa "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Jika diamati dari sudut kewangan ia bermaksud kalau kita menyimpan secara konsisten, lama-kelamaan wang menjadi banyak.

Penting untuk kita melakukan simpanan kecemasan sebagai persediaan menghadapi risiko yang bakal berlaku dimasa hadapan. Kita tidak tahu bila risiko ataupun musibah akan berlaku, sekurang-kurang kita sedang melakukan langkah-langkah persediaan untuk sebarang kemungkinan.

3)  Anda Sering Menerima Panggilan Daripada Peminta Hutang


Agak bahaya jika kita sering menerima panggilan daripada pemiutang. Hidup kita mula menjadi tidak keruan. Apa jua perkara kita lakukan menjadi serba tak kena. Hidup tidak selesa kerana sering diganggu dengan panggilan peminta hutang.

Jika anda berada sehingga tahap ini, maka langkah untuk menambah pendapatan anda perlu dilakukan dari sekarang.

Masalah Tidur






Assalamualaikum dan salam untuk semua. Semoga dalam keadaan baik, sihat dan ceria. Dan jangan lupa untuk senyum, senyum dan senyum selalu.

Tidur. Bercakap tentang tidur, tidur ini merupakan satu keperluan dalam hidup kita. Dan bagi umat Islam, tidur juga dikira sebagai ibadah. Woah..bestnye jadi umat Islam ini. Tidur yang mungkin ada di kalangan kita menganggapnya remeh pun Islam anggap sebagai ibadah. Tidur pun dapat pahala? Bestnyeee


Ada beberapa faktor yang menyebabkan susah nak tidur. Antara faktor-faktornya:-


1) Banyak sangat berfikir dan risaukan perkara-perkara yang mungkin berlaku keesokkan hari


2) Seharian xbuat kerja yang berat, mengakibatkan malam dirasakan masih muda dan mata susah nak tidur.


3) Tengok tv sampai xsedar hari dah lewat malam


4) Baca buku sampai xperasan dah pukul 3 pagi (ini bagi orang yg minat membaca sahaja)


5) 'Ter'minum kopi sebelum tidur


Cara Mengatasi masalah susah untuk tidur

  1. Setkan waktu tidur kamu2 semua macam ok mulai harini aku nak tidur pukul 11 and bangun pukul 6 pagi,tapi ingat!! Bende ni kene biasekan, nnti automatik otak kite terset sendiri. 
  2. Elakkan tidur pada waktu petang. macam aku cakap tadi,tidur lepas asar xbagus!otak boleh jadik lembap and kalau korang dah luangkan masa tidur waktu petang,nanti malam dah susah nak tidur sebab mate xpenat sebab dah tidur petang tadi.
  3. Jangan excercise banyak sangat sebelum tidur,sape ajar kau?nak excercise pagi2 tu ha,ni nak tidur baru nak excercise,ape la .haha.tapi stkat yang ringan2 boleh la.
  4. Minom minuman yang berat2, macam milo ais or susu..haa..aku memang selalu buat bende ni.senang siket mata nak lelap.
  5. Jangan minum air kopi,teh ke ape ke..tu membuatkan anda susah tidur
  6. Jangan hisap rokok sebelum tidur yerk.
  7. Otak tu jangan banyak berfikir sangat,..rehatkan otak tu.

5 Manfaat Berenang







Berenang ialah menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dengan menggunakan tangan, dan kaki . Ia selalunya dilakukan tanpa menggunakan peralatan renang.  Berenang juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi dan olahraga air.  Terdapat banyak manfaat berenang untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya ialah :

1) Melatih Pernafasan


 Berenang merupakan salah satu olahraga terbaik untuk melatih dan memperkuatkan pernafasan. Kerana untuk melakukan olahraga ini kita harus memiliki pernafasan yang kuat untuk menyelam. Lebih-lebih lagi dalam waktu yang lama. Dengan melakukan olahraga renang ini, maka dengan sendirinya pernafasan kita akan terlatih menjadi lebih kuat dan panjang ketika berenang. Selain itu, gerakan di saat berenang mengakibatkan seluruh otot akan bergerak dan paru-paru menjadi lebih lancar untuk menghasilkan pernafasan yang lebih panjang.


2) Meningkatkan tinggi badan


Bagi anak-anak dan juga remaja yang masih dalam masa pertumbuhan, dengan melakukan olahraga ini akan membantu meningkatkan ketinggian badan mereka. Kerana pada saat melakukan olahraga berenang ini, gerakan-gerakan di dalam renang membantu membangun otot dan membantu pertumbuhan tulang. Jika dilakukan secara rutin maka tinggi badan pon akan meningkat dibandingkan dengan berat badannya.


3) Menambah kekuatan otot dan tulang


Jika kita selalu melakukan olahraga ini, selain memiliki jantung yang kuat, otot dan tulang juga menjadi semakin kuat kerana seluruh otot bergerak. Bahkan dengan berenang dapat menyembuhkan otot yang terluka lebih cepat sembuh


4) Membakar Kalori


Berenang selama setengah jam dapat membakar kalori 200-300 di dalam tubuh anda. Namun bergantung pula pada gaya yang anda lakukan. Dengan begitu renang juga  dapat menurunkan dan mempertahankan berat badan ideal anda


5) Memperbaiki serangan asma


Dengan rutin berenang, anda yang memiliki gejala asma akan membantu dalam meningkatkan paru-paru dengan menggunakan teknik pernafasan yang tepat. Pastikan anda melakukan secara rutin agar dapat manfaat renang ini secara maksimum.

Murtabak Maggi






Assalamualaikum,
hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk menyediakan murtabak maggi yang mudah dan cepat



Perkara pertama ialah sediakan bahan-bahan.

+ Maggi atau apa-apa sahaja jenama mee segera
+ Bawang 2 biji (potong halus)
+ Telur 2 biji
+ Lada Merah (potong nipis)
+ Garam & Gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1)Rebuskan maggi atau buat apa sahaja cara agar maggi tersebut boleh jadi lembut agar senang untuk dimasak nanti.
2) Ketika kita hendak menunggu maggi lembut, dalam masa yang sama kita boleh gaulkan perencah maggi dan telur bersama bahan seperti bawang, lada merah, gula dan garam agar sebati. Ketika ini, anda boleh masukkan daging atau sosej, papadom atau apa sahaja bahan yang boleh buat murtabak anda semakin gemok
3) Sekejap masa sebenarnya untuk buat murtabak maggi ini. Selesai pukul-pukul telur dengan bahan lain, kita toskan maggi terlebih dahulu dan gaulkan sekali maggi tersebut bersama dengan telur tadi. 
4) Ketika anda sedang ralit menggaulkan maggi dan bahan-bahan (potong maggi pendek-pendek, jika anda mahu), bolehlah panaskan minyak. Jaga-jaga, minyak biarlah dalam kuantiti sedikit. 
5) Bila minyak sudah panas, apa lagi, terus goreng maggi yang sudah serasi dengan bahan tadi. Kenapa kami suka potong maggi pendek-pendek adalah untuk senangkan proses menggoreng dan juga dapat menambah jumlah kepingan murtabak itu nanti. Satu paket maggi boleh hasilkan 2 atau 3 keping murtabak kebiasaannya – juga bergantung kepada saiz
Itu dia, sudah siap murtabak maggi anda. Senang sahaja bukan? Membuat masakan semudah ini membuatkan anda rasa sudah capai satu kejayaan besar. Boleh makan dengan sos atau makan begitu sahaja pun sedap. Ini sahaja perkongsian daripada saya. Selamat Mencuba!!

Game Bowling






Bowling merupakan Olahraga permainan yang jarang sekali diajarkan di sekolah-sekolah tidak seperti olahraga lain yang lebih popular seperti bola sepak, bola jaring dan bola tampar. Namun demikian kita perlu mengetahui untuk menambah ilmu pengetahuan.

Bowling adalah jenis olahraga atau permainan yang dimainkan dengan menggelindingkan bola khusus menggunakan satu tangan. Bola boling akan digelindingkan ke pin yang berjumlah sepuluh buah yang telah disusun menjadi bentuk segitiga jika dilihat dari atas.


Jika semua pin dijatuhkan dalam sekali gelinding (lemparan) maka itu disebut strike. Jika pin tidak dijatuhkan sekaligus maka diberikan satu kesempatan lagi untuk menjatuhkan pin yang tersisa. Bilamana pada lemparan kedua tidak ada lagi pin tersisa disebut spare. Jika setelah dua kali masih ada pin yang tersisa maka disebut open frame (missed) yang kesemuanya itu akan menentukan perhitungan angka yang didapat dalam setiap game. Pin akan kembali disusun seperti semula untuk frame selanjutnya.


Cara Menghitung Angka Dalam Permainan Boling.

Setiap jenis olahraga ada aturan dan cara menghitungnya, hal ini berguna untuk mengetahui pemenang dan yang kalah dalam suatu permainan. Cara perhitungan angka untuk olahraga Bowling adalah:


1) Setiap permainan mempunyai 10 frame


2)Setiap frame mempunyai 2 kotak yang melambangkan dua kali kesempatan lemparan


3) Khusus pada frame ke 10 ada 3 kotak yang bermaksud mempunyai kesempatan 3 kali lemparan


4) Skor tertinggi dalam setiap permainannya adalah 300 yang disebut perfect game


5) Setiap frame strike akan mendapatkan tambahan angka dari 2 lemparan selanjutnya, sedangkan untuk spare mendapat tambahan angka dari 1 lemparan selanjutnya.

Pemilihan Pakaian


Assalamualaikum,
Hari nie aku nak kongsikan di sini pemilihan warna pakaian mengikut bentuk tubuh anda !!!


Badan gempal dan tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.
 
Badan kurus dan rendah

Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.

Badan kurus dan tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.


Sekian saja pada hari ini. Selamat Mencuba!!!

Faedah Bersukan

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

1) Dapat menyihatkan tubuh badan

Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

2) Dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan.

Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

 3) Mengisi masa lapang secara bermanfaat.

Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial

4) Dapat mengharumkan nama sekolah.

Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas

Seni Khat

Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan Arab dan terkandung dalam ruang peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab telah memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad pertama dan kedua hijrah, khat merupakan salah satu ciri untuk memperindah sesuatu penulisan. Melalui khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi unsur penting daripada cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini.

Cara yang berkesan untuk mempelajari seni khat ialah:

1) Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan berpengalaman dengan asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul, cara memegang kalam, kaedah yang betul mengasah kalam dan memotong mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan mata kalam di atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan span di dalamnya sehingga mencelup kalam khat itu dakwat setakat yang dikehendaki.

2) Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang dipelajari.

3) Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan tujuan memahirkan penulisan.

Kepentingan mempelajari khat terbahagi kepada dua :

Kepentingan kepada individu:

• Khat merupakan salah satu wasilah perhubungan kemanusian dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merealisasikan urusan kehidupan dengan sempurna bagi jalan penulisan dan khat itu sendiri tiang kepada penulisan.
• Bagi khat kepentingan yang khusus adalah mencintai seni khat itu sendiri dengan perasaan jiwa yang halus.

Kepentingan pada masyarakat:

• Khat itu diwujudkan pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, di jalan-jalan dan di sekolah-sekolah.
• Khat itu wasilah perpindahan ilmu turas dan ilmu pengetahuan dan terbukti kitab itu dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulisan yang direka pelbagai jenis semenjak dulu yang disimpan di dalamnya manuskrip dan karangan penulis-penulis terdahulu.

 Halatuju mempelajari Seni Khat adalah:

• Memartabatkan dan membudayakan tulisan al-Quran
• Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam
• Memperjuangkan tulisan jawi di Malaysia kearah melahirkan generasi Al-Quran yang hidup roh Islam dan mengenal tulisan jawi.

Tujuan Seni Khat ialah:

• Memelihara al-Quran dengan tulisan.
• Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran wahyu Allah dengan tulisan khat.
• Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah warisan lampau yang menjadi rujukan kaum muslimin sejagat.
• Mengukuhkan perpaduan umat Islam dan negara Islam.

Gaya Hidup Sihat


Assalamualaikum, 

okay hari ini aku ingin kongsikan kepada semua pembentangan yang telah aku jalankan di dalam kelas yang bertajuk ''Anda Cergas Anda Ceria'' 

Antara amalan dalam menjalani kehidupan gaya hidup sihat adalah:


1) Pemakanan sihat



Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan
boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh
menyebabkan strok.


2)  Persekitaran yang bersih

Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam amalan gaya hidup sihatMengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan anda mendapatkan penyakit lain


3) Beriadah

Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh anda menjadi cergas dan
membantu sistem peredaran darah lebih teratur. Ingat! Saluran darah yang 
tersekat boleh mengakibatkan strok
Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan aerobik.

4) Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala

Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani 
pemeriksaan kesihatan berkala ini bagi mengesan simpton awal penyakit yang
 boleh meragut nyawa

5) Atasi stress

Berfikir secara positif, wujudkan hobi,  luangkan masa untuk keluarga, kerja dan
beriadah, rehat dan tidur yang cukup, dan cari teman untuk berkongsi atau 
meluahkan masalah

6) Pastikan rehat yang cukup

Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan
tubuh badan serta minda .Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan
lancar dengan rehat yang mencukupi.

7) Buat sesuatu yang kita minat

Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan
bersemangatPastikan aktiviti itu bermanfaat.

Okay sekian sahaja tajuk aku hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Wednesday, 14 December 2016

Pengalaman menjaga pesakit kanser









Hari ni aku ada satu topik yang nak diceritakan. Topik yang tak semua orang tahu, tak semua orang sedar, sebab ada orang yang tak pernah langsung hadapi benda camni. Ianya pasal kos perubatan. Ini cuma sekadar cerita yang ingin aku kongsi berdasarkan pengalaman aku sendiri. Apa yang aku lalui dan apa yang aku rasa. Sebab boleh dikatakan aku banyak menghabiskan masa aku untuk menjaga arwah ibu saudara aku sebelum dia pergi buat selamanya. Jadi topik aku pada hari ini ialah mengenai ‘Penjagaan/rawatan bagi seorang pesakit kanser yang kritikal’.

Untuk pengetahuan semua, aku telah kehilangan seorang ibu saudara kira-kira 4 tahun yang lalu iaitu 26 Mei 2013. Ibu saudara aku belum berkahwin, jadi aku serta keluarga mengambil keputusan untuk menjaganya memandangkan ibu aku seorang suri rumah.Ibu saudara aku disahkan mengidap kanser paru-paru tahap 4 pada hujung bulan 2011 dan doktor bagitahu rawatan yang boleh dibuat ialah Chemotherapy dan Radiotherapy di Hospital Kuala Lumpur.



Cukup lah aku katakan, keadaan ibu saudaraku semakin hari semakin merosot sejak pertengahan tahun 2012. Walaupun ubat diambil, daripada boleh berjalan sendiri, merosot kepada perlu dipapah untuk kemana-mana, kemudian guna wheelchair, sehingga lah hujung hayatnya dia hanya mampu terbaring di atas katil.

Aku ditugaskan untuk sentiasa menemani ibu saudaraku kemana-mana termasukla ulang-alik ke hospital dan pergi berubat secara tradisional. Aku ketika itu baru tingkatan 3 tapi sedikit-demi sedikit aku sudah tahu cara dan rawatan dalam menjaga orang sakit.

Ok pada ketika itu, berat ibu saudaraku semakin turun kerana tidak lalu nak makan kesan daripada rawatan chemotheraphy. Jadi, ketika itu ibu aku memainkan peranan dengan sentiasa menyajikan makanan kegemaraanya untuk menambah selera makan tapi ada masa ibu saudaraku tidak lalu jugak untuk makan. Jadi ibu saudaraku terpaksa diberi makanan tambahan mengikut pesanan doktor iaitu susu jenama Prosure atau Glocose untuk menambah berat badan bagi pesakit kanser. Susu ni tujuannya nak bagi nutrien tambahan kepada pesakit kanser.

Selain tu, untuk memudahkan ibu saudaraku bergerak kemana-mana, adik beradik ibu aku telah sepakat untuk membeli kerusi roda untuk dia. Cukup lah sekadar untuk ibu saudara aku guna bergerak di dalam rumah ataupun untuk keluar pergi hospital. Selain tu, bila nak mandi atau buang air, aku, adik serta ibu selalu angkat ibu saudaraku ke bilik air untuk dimandikan dan dibersihkan. 

Beberapa bulan sebelum ibu saudaraku hembuskan nafas dia yang terakhir, pernafasannya ketika itu agak teruk, dan terpaksa bergantung dengan mesin untuk supply oksigen yang cukup untuk dia. Dan sebab nak bawa ibu saudaraku balik ke rumah, jadi kami terpaksa beli mesin tu daripada luar. Tapi ibu saudaraku hanya sempat guna beberapa bulan sahaja. 

Itu semua baru kos untuk kegunaan harian, belum tambah lagi kos lain contohnya macam minyak n tol nak ke hospital. Nasib baiklah keluarga belah ibu aku  masa tu sebulat suara untuk masing-masing keluarkan dana untuk menampung kos perubatan  sepanjang ibu saudaraku sakit. Yalah adik-beradik mana yang sanggup tengok kakaknya menderita sakit kan.

Tapi melalui pengalaman aku ni lah, aku tau sakit kanser tu memang sangat jahat. Aku ingat macam mana arwah ibu saudara aku menahan sakit, nak kata macam sesak nafas pun ya, macam sakit dada pun ya. Hari-hari terakhir dia pun sampai tak mampu nak bercakap lagi. Sebab itu sekarang tiap kali aku dengar orang kene sakit kanser aku rasa sedih sangat sebab walaupun aku tak rasa sakit tu, tapi cukup sekadar tengok pun aku dapat rasa macam mana sengsaranya pesakit-pesakit kanser ini. Daripada badan berisi boleh jadi kurus sampai nampak tulang. Begitulah kejamnya kanser.

Tujuan aku berkongsi cerita ni bukanlah nak menagih simpati orang mahupun nak menunjuk kebaikan aku dan adik beradik ni. Bukan. Tujuan aku hanyalah untuk memberi kesedaran pada orang yang kita tak tahu bila sampainya masa untuk kita diuji macam ni. Kita sebagai orang Islam juga wajib percaya bahawa ada 2 perkara yang pasti dalam hidup iaitu SAKIT dan MATI. Cuma kita perlu sentiasa bersedia. Mungkin hari ni kita dengar cerita orang lain, esok lusa kena dekat batang hidung sendiri atau keluarga sendiri. Cuba fikirkan balik apa persediaan yang kita telah buat?

Sekiranya ada yang membaca entry ini adalah salah seorang yang menjadi penjaga kepada pesakit kanser maka saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana anda adalah di antara manusia-manusia mulia yang sabar dan gigih membantu orang yang anda kasihi. Sumbangan anda tidak ternilai harganya. Sumbangan keluarga terdekat terhadap perawatan dan penjagaan pesakit kanser adalah tersangat penting kerana pesakit kanser ini memerlukan bukan saja sokongan fizikal tetapi lebih-lebih lagi sokongan emosi dan mental.

Itu ja la aku nak kongsi pada hari ni. Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca cerita aku ini. Semoga bermanfaat pada semua .Okay renung-renungkan lah.